Friday, March 20, 2009

Pemerintahan Long Gaffar di Kota Limbat

Masjid Kg.Laut, Tumpat Merupakan masjid tertua di Malaysia


Denga Kemenangannya yang terakhir dan dapat menakluki Kota Kubang Labu itu Long Gaffar sekaligus telah menguasai keseluruhan jajahan takluk dan wilayah/daerah Cik Siti Wan Kembang dan terus bertapak dan menjalankan pemerintahannya di Kota Limbat.Baginda memerinta dan mentadbir negeri mengikut sistem perwakilan kuasa 'deligating power' iaitu sesuai dengan bahagian sempadan-sempadan dan wilayah-wilayah atau daerah-daerahnya, di mana sempadan negeri dibuat secara 'Kelar Lentang' iaitu sebagai asal nama kelantan.

Orang Yang Berjasa Sebagai Pegawai /Penguasa Wilayah / Daerah-Pembahagian kuasa pentadbiran dibahagikan kepada orang-orang yang berjasa kepada raja-raja dan negeri dan sekaligus ianya dilantik sebagai penguasa tempatan yang mewakili raja di peringkat pusat. Berhubung dengan ini, Long Yunus misalnya diberikan kawasan Lorong Minyak Gas iaitu yang bermula dari sungai Pasir Tumbuh hingga ke kawasan Kemasin. Penghulu Penglima Adas diberikan kawasan Kadok. Manakala penglima-penglima lain,seorang diberikan kawasan Jelawat (Bulit Bato) Sementara Long Gaffar sendiri memilih pusat pentadbiran baginda di Limbat untik mentadbir seluruh negeri Serendah Sekebun Bunga. Pemerintahan yang dijalankan oleh Long Gaffar sendiri secara langsungnya ialah Limbat, Seligi, Jeram, Bukit Yong, Kemuning (Machang), Kangkong (Pasir Mas), Kelaweh (Tanah Merah) di kawasan-kawasan / daerah-daerah ini adalah di bawah kuasa anak cucu baginda kemudiannya. Pemerintahan beraja dibawah Long Gaffar berjalan dengan baik, aman damai dan wujudnya pembangunan yang pesat dari segi material dan rohani (ekonomi dan agama),politik,sosial dan sebagainya.

0 comments: