Penubuhan KKMLG
Dimana KMLG ini adalah sebuah golongan muda yang aktif dalam kegiatan sosial,kebajikan,ilmu dan pendidikan, pembangunan.KMLG juga memupuk sifat-sifat kepimpinan kepada golongan-golongan muda yang berfikiran aktif dan terbuka ini dan memberi peluang kepada mereka dalam mengatur segala kegiatan-kegiatan dan juga bidang-bidang menaik taraf hidup ahli kerabat dan keluarga.
Kegiatan KKMLG :
KKMLG ini melebihi kepada asas iaitu ilmu dan pendidikan seperti mana motto KMLG "Ilmu teras kepimpinan".
Pentadbiran KKMLG :
Pengerusi Kelab (PKKM) - sebagai pengerusi KMLG dibawah naungan induk(PKLGK)
Naib Pengerusi Kelab (NPKKM) - memangku jawatan Yang di-Pertua Muda semasa ketiadaannya
Bendahari - menjalankan kerja-kerja pentadbiran bersama Induk PKLGK
Ajk Hal Ehwal Kerabat - menjalankan tugas sebagai hal ehwal kerabat dalam menyatu padukan kaum kerabat dan menyelesaikan masalah tatalaku atau tingkah laku seseorang ahli yang mencemarkan nama baik pertubuhan dan lain-lain perkara.
Ajk Perhubungan - menjalankan tugas dalam unit perhubungan antara ahli-ahli.
Ajk Pembangunan - menjalankan tugas dalam mengaturkan pembangunan semasa.
Ajk Ilmu dan Pendidikan - menjalanjkan tugas dalam bidang pendidikan contohnya kursus-kursus,motivasi dan sebagainya.
Ajk Sosial - menjalankan tugas dalam mengaturkan kegiatan2 sosial
Ketua Putera - sebagai ketua kaum kerabat lelaki
Ketua Puteri - sebagai ketua kaum kerabat perempuan
Keahlian KKMLG:
Keahlian KKMLG ini diterima menjadi ahli hanya setelah ditapis oleh Induk PKLGK.
TUJUAN DAN MATLAMAT
Penubuhan Kelab Kerabat Muda Long Gaffar (K.K.M.L.G) ini adalah bertujuan untuk menguatkan dan mengukuhkan lagi pergerakan Pertubuhan Kerabat Long Gaffar (P.K.L.G) agar terus berkembang dan mengeratkan lagi pertalian dan silaturahim sesama kerabat. Dengan adanya generasi muda ini, ia dapat memberikan pertubuhan P.K.L.G mempunyai masa depan yang teramat cerah kerana generasi muda ini adalah bakal mewarisi pergerakan pertubuhan ini di masa hadapan. Penubuhan K.K.M.L.G juga membantu generasi muda supaya mempunyai sifat2 dan semangat2 yang tinggi terhadap pertubuhan ini dalam mengaturkan setiap langkah pergerakan dan mengekalkan pertubuhan ini kepada generasi ke generasi seterusnya. K.K.M.L.G juga membantu mereka supaya mengenali sejarah2 kelantan terutamanya generasi muda dan juga membantu mereka supaya menanam sifat kepimpinan diri. Akhir kata "Adanya generasi muda maka adalah generasi akan datang".
OBJEKTIF
Subscribe to:
Posts (Atom)