Friday, March 20, 2009

Puteri Neng Mas

Makam Raja Jembal ( Puteri Sa'adong)


Adik angkat Baginda Long Gaffar telah dikahwinkan dengan Long Pandak, Raja Kota Kubang Labu, iaitu dari keturunan Raja Jembal dan sekaligus ia dilantik menjadi permaisuri kepada Raja Kota Kubang Labu yang bergelar Raja Perempuan Kubang Labu. Kota Kubang Labu yang merupakan sebuah daerah pemerintahan beraja negeri Serendah Sekebun Bunga Kisaran Payung Wilayah Cik Siti Wang Kembang atau singkatannya Negeri Serendah Sekebun Bunga (kini, Kelantan). Sewaktu berlangsungnya istiadat perkahwinan Puteri Neng Emas dengan Long Pandak, Baginda Long Gaffar, dikatakan tidak dapat turut serta dan hadir meraikan perkahwinan adindanya itu, kerana terlalu sibuk dengan pengembaraan dan menuntut ilmu bagaimana pun Baginda menghantar 2 orang rakan karibnya iaitu Long Yunus dan Cik Wok untuk turut serta dalam rombongan Puteri Neng Mas dari Kota Remang dan Kota Legeh, dimana yang pertama bertindak sebagai wakil peribadi Long Gaffar dan manakala yang kedua sebagai penjaga Puteri Neng Mas di Kota Kubang Labu.

0 comments: