Buku Salasilah Kerabat Long Gaffar
Salasilah Long Gaffar, dikatakan berasal dari Raja Bukit Siguntang dari Pagar Ruyung, Palembang, Sumatera, Indonesia. Dalam segala kegiatan kehidupan harian, mereka masih menggunakan adat perpatih yang diwarisi sejak turun temurun sampai ke hari ini. Apabila seseorang itu telah menjadi raja, maka adik-beradik lain dalam keluarga diraja tersebut, semestinya mengembara keluar negeri membawa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi di dalam diri.sehubungan dengan ini, terdapat 3 orang putera raja bersaudara dari Pagar Ruyung dari Kota Melabuh, Aceh Tua, dekat Medan Sumatera, Indonesia telah keluar negeri memperjudikan nasib mereka, bak kata pepatah 'Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam'. Mereka beriga bersaudara yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan telah bersepakat untuk keluar mengembara meredah hutan belantara dan melayari lautan menggunakan Jong (bahtera) yang serba lengkap peralatannya. Namun , nasib tidak menyebelahi mereka naiki kapal karam di tengah lautan dan telah memisahkan 3 putera raja yang bersaudara itu di tengah-tengah lautan tanpa arah dan tujuan.
Putera yang tengah, iaitu datuk kepada Baginda Long Gaffar Kelantan, dikatakan dengan berkat doa dan tawakalnya kepada Allah S.W.T, Baginda telah dapat menyelamatkan diri dengan berpaut dan bergantung kepada apa sahaja benda yang terapung di permukaan air laut, bahkan dengan kudrat dan iradatNya juga, tiada sesiapa yang menyangka dan mengetahuinya dari manakah datangnya seekor 'Ikan Kekacang' yang besar telah menyelamatkan dan sekaligus membawanya ke pesisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ini merupakan suatu keajaiban dan luar biasa yang menyebabkan Baginda terfikir di hati , di mana damir (hati kecilnya) berbicara bahawa tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang biasanya hanya menjadi makanan manusia itu telah menolongnya. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya Baginda (semacam) bersumpah bahawa keturunannya hingga ke anak cucunya dilarang memakan ikan kekacang.

0 comments:
Post a Comment